PROGRAM
AKTIVITI.
TDC HOLDINGS SDN BHD
TDC Holdings Sdn Bhd adalah salah satu daripada beberapa syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia yang tidak hanya mematuhi undang-undang Malaysia, tetapi juga kepatuhan terhadap SIRIM dan Pematuhan Syariah dari segi pengurusan, rancangan pemasaran, produk dan kewangan pengurusan.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 SFC x TDC x TKFC
29/5/2022
TDC x HijrahPrihatin di Persatuan Kebajikan Sri Eden
26/5/2022
TDC x HijrahPrihatin di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
25/5/2022
Majlis Iftar Perdana TDC x TFC bersama anak-anak yatim
23/4/2022
ANUGERAH RUBY DIRECTOR DAN PLATINUM DIRECTOR SABAH 2022
17/4/2022
Terengganu Black and White Day 2022
26/2/2022
Lets Cope with A Neon Hope | Alithera Launching
4/2/2022
Let’s Cope With A Neon Hope Awards Night 2022 | Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director
4/2/2022
SUMBANGAN BANJIR TDC HOLDINGS
28/12/2021
ANUGERAH DIAMOND DIRECTOR & RUBY DIRECTOR
25/12/2021
MESYUARAT SPEAKER TDC
24/12/2021
Business Opportunity Seminar Gerbang Johor
19/12/2021
Asia Pacific TOP Excellence Brand Award dan Asia Pacific International Honesty Award
13/12/2021
Asia Pacific TOP Excellence Brand Award dan Asia Pacific International Honesty Award adalah salah satu Award yang paling berprestij dan terlama di Asia Pasifik dengan melebihi 18 tahun sejarah dan berkembang ke lebih 10 negara seluruh Asia Pasifik. Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini TDC Holdings Sdn Bhd terpilih dan telah dicalonkan sebagai salah satu penerima Award ini dan Alhamdulillah juga bagi pencapaian luar biasa TDC kerana TDC telah memenangi kesemua 7 kategori yang dicalonkan.
Dengan pengiktirafan dan kemenangan 7 Anugerah yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah pencapaian Syarikat, Produk dan CEO ini sekali lagi menandakan kekuatan TDC, produk-produk TDC, sistem pengurusan, kewangan dan kualiti syarikat yang sememangnya telah meletakkan TDC di satu tahap yang lebih tinggi dan sudah melebihi piawaian dan peringkat Asia Pasifik. Dengan Pengiktirafan sebagai Pemenang terbesar dalam kategori The Asia Pacific International Honesty Award ini. TDC sekali terbukti dengan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan dalam urus-tadbir perniagaan, penghasilan produk dan juga sistem pengurusan yang tiada tandingan.
Syabas dan tahniah, serta jutaan terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bagi, kepercayaan padu, usaha dan kerja keras daripada semua kakitangan, pengedar dan juga pengguna produk TDC selama ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan bersama kerana ianya tidak akan tercapai tanpa sokongan semua pihak.
SEHARI MENGENALI DIRIMU 
12/12/2021
C-Suite Leadership Excellence Award
12/12/2021
Alhamdulillah, melengkapkan kenangan indah sepanjang tahun 2021, sekali lagi TDC Holdings Sdn Bhd telah menerima Anugerah pencapaian cemerlang sejak penubuhanya pada tahun 2016 lagi.
Istimewa untuk kali ini, CEO TDC Holdings Sdn Bhd, En Hafizuddin Hiew Abdullah telah diberikan pengiktirafan peribadi atas sifat kepimpinan dan pengurusan yang dipamerkan beliau dalam mengubah hidup begitu ramai orang dengan penerimaan Anugerah C-Suite Leadership Excellence Award oleh Des Prix Infinitus Media dan Binary University.
Anugerah berprestij ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato Professor Joseph Adaikalam, Pengasas dan Pengerusi Binary University dan juga Hagenz Choo, Pengarah Des Prix Infinitus Media kepada CEO TDC Holdings Sdn Bhd. Lebih mengagumkan, CEO TDC juga turut sebaris dengan nama besar lain yang menerima anugerah ini, antaranya adalah Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) Dato’ Sri Hjh Siti Nurhaliza (Penyanyi No 1 Malaysia), Redzuawan Ismail (Chef Wan) dan Prof Datin Paduka Dr Aini Iderus (Bekas Naib Canselor UPM).
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada CEO TDC Holdings Sdn Bhd khususnya dan juga tidak lupa kepada semua penerima anugerah ini. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat buat semua.
TDC Gegar Utara
14/11/2021
Alhamdulillah, program TDC GEGAR UTARA yang telah diadakan di Park Avenue Sungai Petani pada 19 November 2021 yang dihadiri tiga Leader hebat TDC, En Alias Ibrahim (Diamond Director TDC), En Hairuddin Abdullah(Ruby Director TDC) serta Puan Mariana Daud (Ruby Director TDC ) dan turut menyaksikan penampilan istimewa dari CEO TDC Holdings SDN, En Hafiz Hiew telah berjalan dengan lancar dan buat KALI PERTAMA TDC memulakan kembali program fizikal secara rasmi selepas 2 tahun kita berPKP dan alhamdulillah sambutan yang menggalakkan yang telah dihadiri oleh seramai lebih 150 peserta. Syabas diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!
NDT Kuantan 4.0
28/11/2021
Alhamdulillah, selesai sudah NDT Kuantan 4.0 yang dihadiri seramai 140 peserta yang menghimpunkan usahawan TDC dari seluruh negeri yang bukan sahaja dari Kuantan juga dari luar Negeri Pahang yang turut hadir bersama memeriahkan NDT Kuantan 4.0. Penampilan istimewa dari CEO TDC Holdings Sdn Bhd turut menghangatkan lagi suasana seterusnya membangkitkan semangat para peserta. Syabas diucapkan kepada semua yang hadir, Semoga anda semua berjaya diluar sana dan dapat praktikan segala ilmu yang anda pelajari didalam Training ini. Akhir kata, semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!
Majlis The Brand Laureate
1/11/2021
Alhamdulillah, TDC Holdings SDN BHD telah terpilih untuk menerima anugerah Brand Laureatte “World Halal BestBrands” dari The BrandLaureate Awards.
Kami di TDC ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pengiktirafan ini dan ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta pihak yang telah menyokong segala usaha kami selama ini.
Kerjasama Strategik Bersama Wakaf Pulau Pinang & MAHA Syariah
28/10/2021
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
26/10/2021
Alhamdulillah, TDC Holdings Sdn Bhd telah memberikan sumbangan Dana Wakaf Pengajian Tinggi Kitab kepada Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang IPT Islam Milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 26 Oktober 2021 yang bertempat di Majlis Konvokesyen Kitab dan Majlis Pelancaran Wakaf.
Tahfiz Darul Ulum
1/5/2021
TDC IHYA RAMADHAN
25/4/2021
TDC Ihya’ Ramadhan | Ramadhan Bulan Jihad & Kemenangan
Tanggal 25 April 2021 telah selesai episod kedua terakhir bagi program TDC Ihya Ramadhan. Episod kali ini menampilkan Dato Ustaz Badlishah yang merupakan penceramah yang tidak asing lagi di kaca TV dan juga laman sosial. Perkongsian Dato Ustaz berkenaan topik yang cukup menarik dan juga sarat dengan nasihat iaitu Ramadhan bulan Jihad dan kemenangan terkesan di hati bagi penonton yang hadir dan juga yang menyaksikan melalui Facebook C2Joy HQ .
Memetik beberapa perkongsian daripada Dato Ustaz berkenaan dengan jihad, jihad bukan hanya semata-mata keluar atau turun berperang namun terdapat beberapa amalan yang dibuat memberi ganjaran pahala sepertimana jihad fisabilillah iaitu membantu golongan asnaf, menjaga ibu bapa, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, berniaga dan pelbagai lagi amalan yang semangnya memberi pahala berganda buat mereka yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melakukannya. Semoga dengan perkongsian yang dilakukan selama satu jam ini memberi manfaat buat semua yang menonton dan juga dapat memberi panduan bagi semua yang ingin mendapatkan pahala jihad terutamanya di bulan yang penuh barakah.
TDC IHYA RAMADHAN
23/4/2021
TDC IHYA RAMADHAN
20/4/2021
TDC IHYA RAMADHAN
19/4/2021
TDC IHYA RAMADHAN
11/4/2021
KHEMAH KASIH AL-HANAFI
8/4/2021
UCAPAN TAHNIAH – UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
UCAPAN TAHNIAH – MACMA MALAYSIA
UCAPAN TAHNIAH – YAYASAN KASEH KANSER & KRONIK
SME 100 AWARD FAST MOVING COMPANIES
26/3/2021
TOP YOUNG CEO AWARD
26/3/2021
BERITA PENAJAAN SELANGOR FC
11/2/2021
Perjanjian ini menyaksikan pihak TDC Holdings menyuntik sumbangan tunai sebanyak RM500,000 sebagai penajaan kepada pasukan Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021 yang bakal bermula tidak lama lagi. Ditubuhkan pada 2016, TDC Holdings Sdn Bhd adalah salah satu daripada beberapa syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia yang tidak hanya mematuhi undang-undang Malaysia, malah mencapai piawaian SIRIM dan Pematuhan Syariah dari segi pengurusan, rancangan pemasaran, produk dan kewangan pengurusan.
Menurut En. Hafiz Hiew, Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings, “Kami di TDC Holdings berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah. Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat mendekatkan lagi jenama dan produk kami dengan penyokong Selangor FC di seluruh negara.”
“Kami juga berharap jalinan kerjasama ini dapat memberi motivasi yang lebih kepada pemain untuk terus bersemangat dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan Gergasi Merah.”
Dr. Johan turut senada menzahirkan rasa gembira dan berpendapat kerjasama ini akan memberikan impak positif kepada kedua-dua entiti.
“Kami di Selangor FC sangat teruja dan gembira di atas pengumuman ini. Tatkala ekonomi dunia sedang hebat dibadai COVID-19, saya mewakili SFC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TDC Holdings di atas tajaan ini. Dengan penswastaan SFC, kami memerlukan lebih banyak rakan strategik berkualiti seperti TDC Holdings.”
“Sebagai rakan strategik terbaru kami, Selangor FC akan mencuba sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan. Kerjasama ini juga jelas membuktikan sukan bola sepak masih relevan sebagai platform untuk syarikat-syarikat berjenama besar melabur dan berkongsi kepakaran di antara satu sama lain,” tambah Dr. Johan.
SFC sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada TDC Holdings dan berharap perjanjian kerjasama ini dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk turut menjadi rakan strategik Red Giants.
Sementara itu, skuad Selangor sedang giat mempersiapkan pasukan untuk memulakan kempen Liga Super Malaysia 2021 yang akan memulakan aksi sepak mula pada awal bulan Mac akan datang.
Demi kebanggaan!
MAJLIS PEMATUHAN SYARIAH
1/2/2021
TDC HOLDINGS x PROJEK PELANGI
24/3/2021
SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL PUTRAJAYA
22/3/2021
TAJAAN KEPADA PUSAT PENGAJIAN SAINS PERGIGIAN USM
22/3/2021
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BANJIR
1/1/2021
Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director
29/8/2020
Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua, sekali lagi TDC Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi pada 29 dan 30 Ogos 2020 yang lalu.
Berbeza dengan Majlis Anugerah RD & PD yang dianjurkan sebelum ini, pada penganjurannya kali ini, majlis berlangsung dalam suasana serba ringkas demi mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Buat pertama kalinya Majlis Anugerah RD & PD diadakan selama dua hari yang dibahagikan kepada empat sesi demi meraikan semua penerima anugerah dan para jemputan yang dikasihi dan disayangi TDC Holdings Sdn. Bhd.
Seramai 16 insan hebat Ruby Director dan 190 insan istimewa Platinum Director yang telah diraikan. Penerima Anugerah Platinum Director akan membawa pulang hadiah berupa travel voucher bernilai RM3000, sijil penghargaan, pin, selempang dan jambangan bunga manakala Penerima Anugerah Ruby Director pula akan membawa pulang barang kemas bernilai RM8000, sijil penghargaan, pin ruby director dan piala.
Infaq Masjid Prima Saujana Kajang
20/8/2020
Alhamdulillah, di hari kemuliaan Awal Muharram TDC Holdings Sdn Bhd telah berpeluang menghadiri majlis penyerahan infaq kepada Masjid Prima Saujana Kajang (MPSK) yang bertempat di Taman Prima Saujana, Kajang. Sumbangan yang diserahkan adalah atas tujuan pembinaan MPSK yang telah bermula sejak Mac 2019 yang lalu. Sumbangan ini disampaikan oleh En Hafizuddin Hiew Abdullah, CEO TDC Holdings Sdn Bhd kepada Pengerusi MPSK sendiri iaitu Haji Asri Harun. Turut hadir ialah MD Kajang, Pn Norlela Hamid bersama suami, En Zakaria Muhammad bagi sama-sama memeriahkan majlis penyerahan sumbangan ini.
Sehingga kini, 70% kerja pembinaan MPSK telah dibuat. Struktur masjid 2 tingkat yang dibina di atas 1.5 ekar meliputi ruang tingkat atas serta ruang limpah mampu menampung sebanyak 2,800 jemaah pada satu-satu masa. Manakala di tingkat bawah disediakan kemudahan seperti dewan serbaguna untuk 1,500 orang, kelas pengajian, bilik tetamu, ruang buffet, setor, bilik masak dan bilik pengurusan jenazah. Yang lebih menariknya, MPSK ini dikenali sebagai masjid mesra OKU dan warga emas kerana di tingkat atas akan disediakan laluan khas OKU, bilik air khas OKU dan tempat wudhuk khas OKU dan warga emas.
Golden Seed Batch 6
23/2/2020
Alhamdulillah,selesai sudah GOLDEN SEED BATCH 6 yang buat julung kalinya di adakan di Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang hadir & terpilih untuk program yang hebat ini. Semoga anda semua berjaya diluar sana dan dapat praktikan segala ilmu yang anda pelajari didalam Training ini. Akhir kata, semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!!
TDC Anugerah Ruby Director & Platinum Director Sabah Sarawak
23/2/2020
Alhamdulillah, pada 23 February 2020, telah berlangsung Majlis Ruby Director & Platinum Director di Ming Garden Hotel & Residences Kota Kinabalu, Sabah. Majlis yang bertemakan GOLD & BLACK ini dianjurkan khas buat pertama kalinya di Sabah bagi meraikan kesemua usahawan C2JOY dari Sabah & Sarawak khususnya. Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir dan SYABAS serta TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima ANUGERAH RUBY DIRECTOR & PLATINUM DIRECTOR pada malam tersebut.
#fenomenac2joy #sellingfromtheheart #togetherwearestrong #susuc2joy
TDC Anugerah Ruby Director & Platinum Director
2/2/2020
Alhamdulillah , selesai sudah anugerah yang dinanti nantikan oleh para usahawan C2Joy sekalian. Anugerah yang amat gilang gemilang ini diadakan di LE QUADRI HOTEL yang bertemakan CHINEESE TRADITIONAL. Seramai 63 usahawan c2joy menerima anugerah bagi Platinum Director dan 8 orang bagi penerima Ruby Director. Alhamdulilah program berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan program yang amat meriah ini . Sekali lagi TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima anugerah.
TDC Affiliate Link
1/1/2020
TDC Affiliate Link ini berfungsi sebagai media untuk memperkenalkan profil bisnes usahawan, media promosi dan transaksi secara 24 jam tanpa henti, bagi meluaskan target prospek, memudahkan pelanggan untuk mengakses, serta dapat meningkat kredibiliti bisnes kerana seluruh Malaysia mahupun dunia dapat mengenal bisnes anda. TDC Affiliate Link merupakan langkah yang TERBAIK untuk menjadikan perusahaan lebih dikenal dan meluas.
Majalah Sosial Edisi Khas TDC 2019
19/1/2020
TDC Holdings Sdn Bhd telah mengeluarkan Majalah Sosial Bispoint EDISI KHAS TDC 2019. Pelbagai pengisian menarik termasuk perkongsian kisah kejayaan, pahit manis, jatuh bangun dan rahsia kejayaan usahawan C2Joy, serta rangkuman program-program anjuran TDC disatukan dalam satu majalah ini.
Anda boleh menghayati kisah kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk terus maju bersama C2Joy. Jangan biarkan kenangan bersama C2Joy hilang di ingatan.
Golden Seed Batch 5
19/1/2020
Alhamdulilah tamat sudah bengkel GOLDEN SEED BATCH 5 , yang berlangsung selama 2 hari di HQ Cheras. Tahniah diatas semua peserta yang terpilih untuk bersama sama di dalam training yang hebat ini. Semoga anda semua berjaya diluar sana dan dapat praktikan segala ilmu yang anda pelajari didalam Training ini. Akhir kata, semoga anda semua terus berjaya di dalam perniagaan ini , jumpa anda dipuncak KEJAYAAN !!!!!
TDC Go SABAH Reward
10/1/2020
TDC ACHIEVERS GO SABAH REWARD , 10 JANUARY – 13 JANUARY 2020 Alhamdulilahh , selesai sudah trip TDC GO SABAH REWARD yang berlangsung selama 3 hari 2malam. Tahniah kepada semua Dealer yang dapat memenangi reward trip ke Sabah. Alhamdulilah , dengan adanya trip ini, para dealer dapat menjalinkan ukhwah dengan lebih mesra. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para dealer yang achieve target ini.
TDC Family Fun Day
23/11/2019
23 November 2019, bertempat di Taman Putra Perdana Putrajaya, sempena cuti sekolah, satu acara sukaneka telah diadakan yang menggabungkan kesemua ahli C2Joy seluruh Malaysia bersama keluarga dan juga kesemua staff TDC Holdings Sdn Bhd. Acara sukaneka ini dianjurkan bertujuan untuk mengalakkan kesemua pihak yang terlibat utuk bersukan, mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti riadah dan juga secara tidak langsung untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua. Alhamdulillah, kesemua pihak yang terlibat dan rata-rata peserta yang hadir berpuas hati, memberi kerjasama yang cukup baik dan enjoy dengan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan tahniah kepada semua pemenang. Badan sihat bersama C2JOY ! Silaturahim dieratkan, hati pun ENJOY!
Anugerah Platinum Director & TDC Special Reward
25/10/2019
Anugerah Platinum Director & TDC Special Reward adalah salah satu majlis yang amat dinanti – nantikan oleh semua usahawan C2Joy dari serata negeri. Tahniah diucapkan kepada semua Para Pemenang dan juga usahawan-usahawan C2Joy yang hadir memeriahkan Majlis Anugerah Platinum Director ini. Tahniah juga buat para Usahawan yang telah dinobatkan sebagai PLATINUM DIRECTOR seramai 80 orang yang hadir dari pelbagai Negeri. Suasana Majlis dihiasi dengan kelipan – kelipan baju dan gaun yang seiring dengan Tema Majlis iaitu TEMA BOLLYWOOD. Majlis dimeriahkan oleh MC jemputan,Pak Ayob, seorang yang bersahaja dan sering berjenaka diatas pentas. Sekali lagi TAHNIAH kepada anda semua yang hadir.
Anugerah Platinum Director & TDC Special Reward
TDC 3rd Anniversary
14/9/2019
TDC 3RD Anniversary telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2019 di Grand Dorsett Subang. Malam istimewa itu turut dihadiri oleh tetamu dan persembahan istimewa dari Ziana Zain telah memukau kesemua tetamu yang hadir. Tidak lupa juga kepada Pasangan duet emcee yang cukup menarik hati dan menghiburkan para tetamu dengan telatah mereka.
Pada malam bersejarah itu juga, ramai leader telah menerima hadiah sumbangan TDC Holdings Sdn Bhd, antara reward yang telah diberi ialah, Anugerah Top Rising Stars Of The Year 2019, TDC Special Reward Gelang Emas 916k,TDC Special Reward Rantai Emas 916k,TDC Special Reward Go New Zealand & TDC Special Reward Go New Zealand & Go Umrah. Yang paling menarik, hadiah cabutan bertuah yang lumayan juga turut disediakan bagi tetamu yang bertuah termasuk handphone dan pakej umrah.
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir menjayakan malam istimewa TDC! Semoga kita semua berjumpa lagi di lain hari. Selamat Ulang tahun ke 3 buat TDC Holdings Sdn Bhd !
TDC Go Korea Reward 2019
13/4/2019
Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal”. (Hadith Riwayat al-Dailami)
Alhamdulilah, berkat kesungguhan , penat lelah para Dealer dan Leader C2joy, mereka telah pun berjaya terbang ke bumi KOREA dengan ditanggung sepenuhnya oleh TDC Holdings SDN BHD. Selama 6 hari 5 malam di bumi Korea, mereka telah mencipta kenangan yang berharga ketika berada disana. Hubungan terjalin dengan lebih mesra antara satu sama lain. Kamsahamida C2Joy.
Golden Seed Batch 3
13/4/2019
Alhamdulilah, selesai sudah Program Golden Seed batch 3 yang berlangsung selama 2hari. Terima kasih kepada semua peserta kerana telah beri kerjasama sepenuhnya. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua staff yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. Semoga anda semua terus BERJAYA. KITA JUMPA DIPUNCAK KEJAYAAN.
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.
Golden Seed 1st Batch
Professional Leader Coaching Program PLC PRO
©2021 TDC. ALL RIGHT RESERVED.