MENGENAI

kAMI.

TDC HOLDINGS SDN BHD

TDC Holdings Sdn Bhd adalah salah satu daripada beberapa syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami adalah salah satu syarikat MLM unik yang berjaya menggabungkan keindahan konsep MLM dan wholesales ke dalam pemasaran syarikat. Kualiti produk kesihatan kami terbukti dengan perakuan GMP, HACCP, ISO dan HALAL JAKIM, dengan sistem pengiraan bonus harian unik kami untuk 150,000 peniaga membuktikan bahawa TDC adalah salah satu syarikat eksklusif di Malaysia.

VISI

Untuk mewujudkan kehidupan seharian yang lebih bahagia, lebih sihat dan lebih bebas untuk orang ramai.

MILESTONE

2016

2016

Penubuhan Tunas Duta Cemerlang Sdn. Bhd (118893-D).

Bermula pemasaran C2Joy di Malaysia.

2017

2017

Pembukaan rasmi ibu pejabat di Kota Bharu.

Kelulusan Pengiktirafan Trademark C2JOY oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Terjual 100,000 kotak C2Joy.

2018

2018

C2Joy diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Susu Kolostrum Kandungan Kalsium Tinggi (High Calcium).

Terjual melebihi 1 Juta kotak di seluruh Malaysia.

Melahirkan melebihi 10 orang yang mencapai Jualan Tahunan melebihi RM1,000,00.00.

2019

2019

Pembukaan rasmi Pejabat Cawangan di Kuala Lumpur.

Penaiktarafan ke TDC Holdings Sdn Bhd (1315522-M) sempena pembukaan pasaran ke seluruh Malaysia dan persiapan ke tahap antarabangsa.

Pembukaan National Training Centre dan Warehouse di Selangor. Pembesaran dan pemindahan HQ TDC di Kelantan ke lokasi yang lebih strategik dan luas.

TDC Menerima Pengiktirafan Sijil Pematuhan Shariah dari Koperasi ANGKASA Malaysia dari segi Produk, Sistem Pengurusan & Pemasaran.

TDC 3rd Anniversary yang dihadiri hampir 1000 orang dari seluruh Malaysia dan wakil dari Brunai.

Terjual melebihi 1.5 Juta kotak C2Joy.

2020

2020

Pembukaan Rasmi Pasaran Antarabangsa Pertama di negara Brunei.

Menyumbang RM2,437,400 kepada Tabung COVID-19.

Menyumbang RM1,226,150 kepada Golongan B40 yang ekonomi mereka terkesan akibat COVID-19.

Menyumbang RM1,696,900 kepada Perbadanan Dakwah, Pembinaan Masjid dan Surau.

Memperkenalkan Produk Kolostrum Edisi Terhad COVID-19 Jenama Safe&Joy.

TDC Menerima pengiktirafan Sijil Akta Jualan Langsung.

TDC Menerima pengiktirafan Sijil Pemantuhan Shariah oleh Ustaz Lariba daripada Lariba Consulting.

2021

2021

Menyumbang melebihi RM1,000,000 dan menjadi Penaja Utama Program MyHAUS yang membaikpulih rumah Golongan Asnaf.

Menjadi Rakan Strategik Kebajikan bersama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

Penaja Bersama untuk Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor, Selangor FC.

Melancarkan C2Joy Versi Batik dan Versi Selangor FC.

TDC menerima pengiktirafan SME100 Award Year 2020.

CEO TDC menerima penganugerahan sebagai Top Young CEO in Network Industry Year 2020.

Menyumbang melebihi RM2,000,000 ke Tabung COVID-19 dan Pembinaan Masjid.

Melancarkan C2Joy Versi Terhad Kembara Qurban yang melantik Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, Dato' Haji Ustaz Badli Shah bin Haji Alauddin, Ustaz Syamsul Amri (Ustaz Syamsul Debat), Ustaz Jafri Abu Bakar Al-Mahmoodi, dan Ustaz Elyas Ismail sebagai Duta Produk.

Pelancaran BerryMix.

Terjual 1 juta kotak Safe&Joy.

Didaftarkan sebagai salah sebuah syarikat daripada 130 buah Syarikat Jualan Langsung yang diiktiraf di Direct Selling Association Malaysia (DSAM)

Diiktiraf oleh SIRIM dengan penanugerahan dua sijil secara serentak:

1. ISO 9001:2015 Quality Management System

2. MS 1900: 2014 Shariah-based Quality Management System

Pelancaran Colever

Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan C-Suite yang diiktiraf oleh Des Prix Infinitus Media dan Universiti Binary.

Diiktiraf oleh Asia Pacific TOP Excellence Brand Award dan Asia Pacific International Honesty Award dengan penganugerahan tujuh sijil serentak: 1. Asia Pacific Golden Brand Products BerryMix

2. Asia Top Health Excellence Health Product Colever

3. Asia Pacific Super Health Brand TDC Holdings Sdn Bhd

4. The 18th Asia Pacific International Honesty Book of Record Honesty Enterprise

5. The 18th Asia Pacific International Honesty Book of Record Honesty Entrepreneur

6. The 18th Asia Pacific International Honesty Book of Record Honesty Product

7. The 18th Asia Pacific International Honesty Book of Record Honesty service quality

2022

2022

Penajaan TDC Holdings Sdn Bhd Bersama Terengganu Football Club Sdn Bhd

Pelancaran Alithera menerusi kempen 'Let's Cope with A Neon Hope' sempena Hari Kanser Sedunia dengan kerjasama Selangor FC, MAKNA - Majlis Kanser Nasional dan National Cancer Society Malaysia yang bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre.

Pembaharuan Perjanjian Pematuhan Syariah antara TDC Holdings Sdn Bhd dan Lariba Consulting.

MISI

BEROPERASI SECARA JEMAAH

Kita mengutamalan konsep Jemaah & Semangat pasukan, dan iannya bermula daripada Pengasas lagi. Semangat Jemaah yang dibina diantara Pengasas, Pengedar dan Pekerja adalah satu hubungan paling berharga bagi TDC. Kita sentiasa cuba membina kepentingan jangka masa panjang kepada semua rakan kongsi kita dengan meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan semua. Kejayaan TDC akan dikongsi kepada semua yang menyumbang kepadanya.

MENGUTAMAKAN INTEGRITI

Integriti adalah salah satu faktor utama kejayaan dalam perniagaan. TDC membuat apa yang benar dan mematuhi syariah.
Kejayaan TDC diukur bukan sahaja dari segi sumbangan ekonomi, tetapi juga dari segi kehormatan, kebolehpercayaan, kredibiliti dan integrasi.

MENINGKATKAN NILAI PERIBADI

Setiap manusia adalah unik. Setiap orang layak untuk dihormati, dilayan sama rata, diberikan peluang untuk berjaya dan memaksimakan potensi diri mereka.

MEMPERJUANGKAN PENCAPAIAN LEBIH BAIK

Kita adalah pemangkin dan penyuntik semangat. Kita memperjuangkan ke arah kecermerlangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Fokus kita adalah pada peningkatan berterusan, perkembangan dan pencapaian target pasukan dan peribadi. Kita pendukung perubahan ke arah kebaikan, bergerak dengan laju, mengambil tindakan proaktif dan belajar daripada pengalaman. Kita pendukung kreativiti dan inovasi.

MEMANGKIN KEBOLEHSANAAN PERIBADI

Setiap indvidu bertanggungjawab atas pencapaian impian peribadi masing-masing, di samping memberikan 100% usaha dalam membantu satu sama lain mencapai target. Dengan membantu orang lain, kita mencungkil potensi setiap individu dan berkongsi kejayaan bersama. Kita juga mempunyai kewajipan sebagai seorang insan yang berguna kepada masyarakat di mana jua kita berada.

©2021 TDC. ALL RIGHT RESERVED.