Asia Pacific TOP Excellence Brand Award & Asia Pacific International Honesty Award
Kemenangan Bersama pada 13 Disember 2021 di Berjaya Time Square Convention Hall. Asia Pacific TOP Excellence Brand Award dan Asia Pacific International Honesty Award adalah salah satu Award yang paling berprestij dan terlama di Asia Pasifik dengan melebihi 18 tahun sejarah dan berkembang ke lebih 10 negara seluruh Asia Pasifik.
Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini TDC Holdings Sdn Bhd terpilih dan telah dicalonkan sebagai salah seorang penerima Award ini dan Alhamdulillah juga bagi pencapaian luar biasa TDC kerana TDC telah memenangi kesemua 7 kategori yang dicalonkan.
The Asia Pacific International Honesty Award yang memberikan penekanan tentang kejujuran, ketelusan dan transparansi pengurusan perniagaan dan kewangan merupakan anugerah paling berprestij dan paling sukar untuk dimenangi sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas dan banyak ketika tiada calon yang layak untuk memenangi anugerah ini.
Namun, TDC pada tahun ini berjaya muncul sebagai Pemenang Tunggal untuk kategori Honesty Product dan Honesty Service Quality. Bagi mendapatkan pengiktirafan Honesty Product ini, pemenang memerlukan ketelusan, keberkesanan dan juga beberapa kriteria yang menunjukkan bukan sahaja produk keluaran TDC berkualiti, tetapi juga telus dari segi pemprosesan, bahan mentah, keberkesanan dan juga pengurusan.
Penganugerahan Honesty Service Quality pula menandakan TDC mempunyai ketelusan Sistem Pengurusan, Sistem Pemasaran, Pembayaran Bonus Harian, Kualiti Perkhidmatan serta Layanan Pelanggan yang mantap.
Selain itu, TDC juga dinobatkan sebagai salah satu daripada 9 buah syarikat sebagai Honesty Enterprise di Asia Pasifik bagi tahun 2021-2023. Ketelusan perakauan dan pengurusan menjadi tali ukur untuk kategori ini. Atas kejayaan hampir “sapu bersih” Anugerah The Asia Pacific International Honesty Award ini.
CEO TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew Bin Abdullah juga dinobatkan sebagai Honesty Entrepreneur atas usaha beliau dalam mengasaskan sebuah syarikat yang jujur, telus dan berkaliber ini walaupun hanya dalam masa 6 tahun berbanding dengan syarikat-syarikat pemenang lain yang rata-rata melebihi 10 tahun pengalaman.
Lebih membanggakan lagi, untuk Asia Pacific TOP Excellence Brand Award pula, TDC memenangi Award Asia Pacific SUPER HEALTH BRAND sebagai sebuah syarikat yang fokus pada produk-produk kesihatan dan keselamatan.
Produk Colever, Susu Kolostrum TDC yang merupakan formulasi upgraded daripada C2Joy juga telah dinobatkan sebagai Asia Top Excellence Health Products atas keberkesanan ke atas pasukan atlet Malaysia, pembuktian ujian makmal bertaraf FDA dan manfaat kesihatan yang telah terbukti.
Bukan itu sahaja, produk BerryMix, Jus Campuran Buah dan Sayur TDC pula diberikan anugerah Asia Pacific Top Golden Brand Products walaupun baru dilancarkan dan merupakan satu rangkaian produk baru TDC yang lebih fokus kepada Antioksidan berbanding Imunisasi, namun atas keberkesanan dan juga pembuktian kajian makmal sehingga ke Taiwan, Jepun dan Korea, pengiktirafan ini diberikan seiring dengan jualan BerryMix yang melebihi 100,000 kotak dalam masa 4 bulan ia dilancarkan dan dipasarkan.
Kesemua anugerah ini disampaikan oleh Tetamu VVIP iaitu Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia, Y.B. Senator Dato’ Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad, Timbalan Presiden Dewan Senat Malaysia serta Datuk Ong Seng Khek, Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong). Lebih kurang 30 orang Pengedar Senior TDC yang sama-sama menjadi Perintis TDC ketika TDC masih kecil dijemput sebagai tetamu menghadir bersama untuk menyaksikan Anugerah demi Anugerah ke atas TDC ini. Keperibadian CEO yang menghargai jasa Para Pengedar Perintins ini jelas terpapar ketiaka ada di kalangan mereka diberikan peluang untuk menganti CEO bagi mewakili TDC sebagai penerima Anugerah.
Pada akhir majlis, TDC juga diberikan penghargaan oleh pihak penganjur atas usaha untuk mempromosikan “Fight COVID-19” dengan menyumbangkan set pelitup muka kepada kesemua hadirin yang menghampiri 800 orang ini. Lebih istimewa juga, majlis ini turut dihadiri oleh Sales Leader yang luar biasa hebat yang mana mereka telah menyertai TDC sejak TDC masih kecil dan masih belum dikenali, ternyata sokongan dan kesetiaan mereka hingga ke saat ini.
Dengan pengiktirafan dan kemenangan 7 Anugerah yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah pencapaian Syarikat, Produk dan CEO ini sekali lagi menandakan kekuatan TDC, produk-produk TDC, sistem pengurusan, kewangan dan kualiti syarikat yang sememangnya telah meletakkan TDC di satu tahap yang lebih tinggi dan sudah melebihi piawaian dan peringkat Asia Pasifik. Dengan Pengiktirafan sebagai Pemenang terbesar dalam kategori The Asia Pacific International Honesty Award ini. TDC sekali terbukti dengan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan dalam urus-tadbir perniagaan, penghasilan produk dan juga sistem pengurusan yang tiada tandingan.
Syabas dan tahniah, serta jutaan terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bagi, kepercayaan padu, usaha dan kerja keras daripada semua kakitangan, pengedar dan juga pengguna produk TDC selama ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan bersama kerana ianya tidak akan tercapai tanpa sokongan semua pihak.
