TDC New Dealer Training 2022

TDC Heart New Dealer Training (TNDT) adalah program perkongsian dari hati ke hati yang bakal jadi titik tolak untuk peserta mendalami falsafah dan konsep TDC yang bukan sahaja merupakan satu platform perniagaan tetapi juga turut diselitkan satu proses pembelajaran tentang kehidupan dan kejayaan yang hakiki.
Alhamdulillah, TNDT Batch 4 telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 25 & 26 Jun. Kali ini team TDC terbang ke Bumi Kenyalang, Sarawak. Ia dilengkapkan lagi dengan kehadiran CEO TDC Holdings Sdn Bhd , Encik Hafiz Hiew yang sanggup turun padang untuk sama-sama menyempurnakan program ini disamping beberapa kakitangan TDC yang lain.

Pemilihan peserta berdasarkan pembelian tiket yang berharga RM200 di dalam sistem TDC Dealer Login. Namun begitu, pembayaran tersebut akan dipulangkan semua kepada peserta jika dapat mencapai salah satu syarat yang ditetapkan.

Masih mengekalkan intipati dan juga objektif yang sama seperti TNDT sebelum ini, program dimulakan dengan aktiviti wajib yang sudah tentu tidak lengkap tanpa ice breaking bersama para peserta, diteruskan pula dengan perkongsian istimewa dari CEO TDC Holdings Sdn Bhd, En Hafiz Hiew seterusnya peserta disajikan dengan ilmu marketing yang diberikan oleh Encik Afandi, team building, penilaian peserta dan perkongsian peserta serta banyak lagi aktiviti yang sudah pasti sarat dengan ilmu.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada Kumpulan Terbaik dan Peserta Terbaik serta penyerahan Sijil penyertaan dan sesi bergambar bersama kesemua peserta.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai TNDT Batch 4, Semoga semuanya beroleh manfaat dan berada dipuncak kejayaan dan InsyAllah team TDC akan kembali lagi ke bumi Sarawak

Together We Are Strong!

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong