Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director Sarawak 2022

Tanggal 26 Jun 2022 bertempat di Raia Hotel Convention Centre Kuching, Sarawak telah berlangsung Majlis Anugerah Ruby Director & Platinum Director Sarawak. Majlis anugerah ini adalah buat julung kalinya diadakan di negeri bumi kenyalang ini bagi meraikan dan menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh pengedar dalam mencapai pangkat yang ditawarkan.

Tidak melepaskan peluang, kesemua tetamu yang hadir berpakaian segak bergaya dengan mengenakan busana traditional Sarawak dan berpakaian formal yang sudah semestinya menghangatkan lagi suasana malam anugerah tersebut. Bukan itu sahaja. CEO TDC Holdings Sdn Bhd juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta mengenakan busana tradisi Sarawak.

Selain makan malam, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara tarian traditional Sarawak dan juga persembahan nyanyian. Acara kemuncak sudah semestinya adalah penyampaian anugerah dan hadiah kepada Ruby Director & Platinum Director yang disampaikan oleh CEO TDC Holdings Sdn Bhd, En Hafiz Hiew.

Turut sama disampaikan ialah Best Dress Award kepada 2 orang tetamu yang bertuah yang berpakaian mengikut tema. TDC Holdings Sdn Bhd ingin mengucapkan jutaan tahniah & syabas buat semua penerima anugerah pada malam tersebut dan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis gilang gemilang tersebut. Sehingga kita berjumpa lagi dilain hari.

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong