Konvensyen Mualaf Madani

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah berlangsung semalam, dan telah disempunakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menganti YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Konvensyen ini telah menjadi salah satu medium kepada mualaf untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan melalui himpunan lebih 700 orang dari pelbagai bangsa. Konvensyen semalam meliputi ucapan perasmian, forum, pembentangan kertas kerja dan penyampaian beberapa anugerah termasuklah anugerah Tokoh Usahawan Mualaf yang diterima oleh Tuan Hafiz Hiew. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Tokoh-tokoh Mualaf lain.

Together We Are Strong!

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong