The Launching of Wisma TDC

2 Disember 2023, merupakan satu tarikh yang penuh makna dan berharga buat seluruh warga TDC. Tidak kira lah dealers, master dealers, leaders, mahupun staff. Semuanya telah mencipta satu sejarah dengan satu majlis gilang gemilang bertema kan Balik Kampung bersempena dengan perasmian Wisma TDC.
.
Pada hari Sabtu tempoh hari, Wisma TDC telah dikunjungi hampir 1,500 hingga 2,000 orang yang didatangi dari seluruh negeri di Malaysia dari Perlis sampai lah ke Sabah. Tak lupa juga dari negeri jiran kita, dari Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, dan juga yang hadir mewakili Saudi Arabia dan South Africa.
.
Meriah sungguh sambutan yang pertama kali diadakan ini! Sungguh! Kami amatlah terharu dengan sambutan dari semua orang. Terasa berbaloi sangat persiapan kami menyambut kedatangan anda semua pada hari tersebut. Harapan kami semua yang hadir tempoh hari, moga semuanya puas di hati dan tak serik untuk datang lagi ke Wisma TDC di masa depan.
.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan strategik kami yang mengirimkan jambangan bunga semasa Majlis Perasmian Wisma TDC. Kami amatlah hargai hadiah istimewa dari City-Link, Think Space Creative Studio, OrgaBio Manufacturing, Yayasan Budi Ihsan Malaysia, Paul & Michelle, Tengku Fazli & Ustazah Asma’ Harun, HTB Business Academy, Najah Global, Garry Yeo from BMW, dan Nackita Group. Tidak dilupa juga, tetamu-tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis daripada Lariba Consulting, Hafiz Zubir & Co, Maha Lawyers, OrgaBio, NomNom, QBite, Yayasan Kaseh Kanser & Kronik, Yayasan Budi Ihsan Malaysia, Yayasan Al-Hijrah, Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Secretary, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Putra Malaysia, Terengganu FC, Persatuan Orang Kota Bharu, serta beberapa lagi yang lain yang turut hadir tempoh hari.
.
Namun, kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Mungkin ada yang tidak sabar kerana terpaksa menunggu untuk makan tengah hari. Apapun, jom tengok album penuh gambar-gambar sepanjang majlis. Tengok lah tu..macam-macam gelagat ada, jika anda kenal sesiapa boleh lah mention mereka tau 🥰
 

Together We Are Strong!

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong