Kunjungan Balai Islam MAIM dan Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka (BAKPIS) ke Wisma TDC

TDC telah menerima kunjungan hormat dari wakil BAKPIS sempena Program Kembara Usahawan Mualaf Negeri Melaka pada 22 Mei 2024. Program ini telah dianjurkan oleh Puan Nurmah, Master Dealer Kota Melaka dengan kerjasama BAPKIS dan telah dihadiri seramai 45 orang peserta.

Objektif program ini adalah untuk memperkasa ekonomi Mualaf dalam usaha berdakwah melalui aspek ekonomi dan TDC telah terpilih sebagai contoh usahawan Mualaf berjaya bawah pimpinan Encik Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd.

Pihak TDC berbesar hati atas kunjungan yang telah diterima dan berterima kasih pada pihak penganjur yang telah memilih TDC untuk dijadikan suri teladan. Kami berharap semoga peserta mendapat manfaat dari program ini serta berjaya menjadi usahawan Mualaf yang berjaya. Semoga hubungan silaturrahim antara TDC dan pihak BAPKIS terus terjalin.

 

Together We Are Strong!

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong