Coffee Talk: Milk That Change Your Life
Meriah! Wisma TDC dipenuhi dengan kehadiran hampir 50 orang ke program Coffee Talk: Milk That Change Your life pada 30 Mei 2024 tempoh hari. Program ini telah dimeriahkan dengan perkongsian ilmu yang sangat menarik oleh penceramah jemputan selain diselangi dengan pelbagai aktiviti menarik dan mini games yang mencabar minda ahli yang hadir. Program ini juga turut dilengkapkan dengan penyerahan Sumbangan Kembara Ihsan Palestin daripada Pihak TDC kepada Pihak YBIM sebagai tanda sokongan penuh dalam misi yang akan dijalankan. Jutaan terima kasih Pihak TDC ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa anda bersama!