Sumbangan NectarMax Untuk Pek Makanan Melalui Kerjasama TDC Care dengan Yayasan FoodBank Malaysia
Alhamdulillah, team TDC Care diberi peluang untuk menyertai sesi pembungkusan 600 pek sumbangan sempena program Susur Pulau Yayasan Foodbank Malaysia (YFBM). Dalam pada itu, TDC Care juga telah menyumbang produk Nectarmax kepada sukarelawan yang hadir serta program Susur Pulau YFBM yang akan diadakan pada 28-29 Oktober 2024.
Sukarelawan yang hadir bagi membantu pembungkusan ini adalah terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Selangor. Turut hadir adalah YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafudin Idris Shah sebagai Pengerusi YFBM.
TDC telah diberi peluang untuk berkongsi tentang kebaikan produk NectarMax kepada semua anggota yang hadir. Terima kasih kepada En Amir Hj Ismail, Master Dealer Pandan serta Pak Lang CB kerana sudi hadir bagi membuat perkongsian serta membantu dalam pembungkusan.

Terima kasih kepada Yayasan Foodbank Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta dalam proses pembungkusan. Semoga program Jelajah Tengkujuh Susur Pulau serta program-program lain yang dijalankan berjalan dengan lancar dan dirahmati oleh Allah SWT.
𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯, 𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢, 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘊𝘪𝘯𝘵𝘢