TDC x Pink Walk Festival
Team TDC Care telah menyertai program Pink Walk x Festival Oh Mydin 2024 anjuran Yayasan Kanser Kronik (YKKK) bertempat di Mydin Mall, Tunjong, Kota Bharu Kelantan.
Acara tahunan yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penyakit kanser payudara yang telah dirasmikan oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Seramai 2,100 peserta yang menyertai program ini yang merupakan rekod penyertaan yang tertinggi sejak ia dianjurkan.
TDC Care juga berpeluang untuk menyumbang sedikit produk NectarMax bagi program ini dan membuka booth promosi dan jualan produk. Terima kasih YKKK kerana memberi peluang kepada TDC Care untuk menyertai program hebat ini. Tahniah dan syabas !
𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯, 𝘜𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢, 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘊𝘪𝘯𝘵𝘢