TDC Master Dealer Empowerement Camp (TMDEC)!
Alhamdulillah… dengan kesepakatan dan kebijaksanaan barisan TDC Mentor Club, TMDEC telah dijayakan dengan begitu mantap dan luar biasa.
Melebihi 40 Master Dealer TDC seluruh Malaysia telah berkampung 3 hari 2 malam di Port Dickson, Negeri Sembilan.
8 Module yang padat dengan ilmu, akhlak, strategi dan semangat setiakawan telah dikendalikan dan diikuti dengan jayanya oleh semua peserta TMDEC.
Tidak kisah usia, kekangan kesihatan, jarak, dan apa jua ujian, mereka telah mempamerkan komitmen yang cukup menakjubkan untuk perjuangan bersama di Platform TDCforYou.
Komitmen dan kesungguhan mereka disambut baik dengan CEO TDC, Mejar Bersekutu (PA) Tuan Hafiz Hiew yang turut mengikuti bersama dalam program ini.
Buat julung-julung kali, Tuan Hafiz Hiew telah berkongsi beberapa kisah yang sangat rare buat para Master Dealer, dan kemudian beliau juga mengumumkan beberapa perkembangan terkini yang membuat seluruh dewan melakarkan senyuman lebar dan bersemangat menuju ke arah Tahun 2025.
Semoga semua peserta TMDEC kali ini memperoleh manfaat dunia dan akhirat selepas program yang ringkas tetapi padat ini, dan membawa semangat yang sama kepada barisan dan komuniti ahli TDC bawa jagaan mereka.