Majlis Ulang Tahun TDC Ke-8 & Pelancaran Produk Baru Blesseed

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘-𝟴 𝗧𝗗𝗖
Dengan penuh gilang gemilang berlangsung pada 4 Disember 2024, di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, dengan disertai seramai 270 tetamu bagi meraikan bersama-sama detik bermakna ini🌟
🎉 Sorotan malam tersebut adalah Pelancaran Produk ke-6 TDC, Blesseed (Bijian Rahmat), sebuah inovasi gabungan makanan sunnah 6 dalam 1 berbentuk sachet yang mudah dibawa dan dimakan di mana saja.
Majlis lebih meriah dengan kehadiran istimewa duta Blesseed, Ustazah Asma’ Harun dengan sedikit perkongsian khas oleh beliau mengenai inspirasi di sebalik produk Blesseed.
Malam yang sarat dengan kenangan indah dan penuh makna, mencetus semangat para ahli TDC untuk meneruskan langkah lebih jauh bersama TDC! Bersama-sama mencipta legasi seperti slogan 𝘓𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘉𝘶𝘴𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴, 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 𝘕𝘦𝘵𝘸𝘰𝘳𝘬.
TDC juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada tetamu yang hadir dan para penaja Majlis Ulang Tahun Ke-8 TDC iaitu Think Space Creator Studio 樂創空間, Hafiz Zubir & Co. – HZAC, Origin Food, Ligno Bio, Billplz, CK & Associates dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia.
Terima kasih atas sokongan dan kenangan yang dicipta bersama, para ahli TDC, para usahawan TDC serta kehadiran istimewa dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) 💜