Alhamdulillah, selesai program TDC Jalinan Bersama kali kedua. Kami telah menyantuni 100 keluarga penerima manfaat dengan memberikan bantuan makanan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan. Alhamdulillah.
Sambutan yang sangat luar biasa kali ini dihadiri oleh hampir 200 orang tetamu terdiri dari pelbagai latar belakang.
Tahniah dan terima kasih kepada Master Dealer & Team Leader Melaka, Tdc Melaka, Nurmah Abdullah, Shahrin Azali, Rozieshaari Cjoy dan Puan Azizah atas kerjasama dan sangat prihatin akan komuniti setempat yang memerlukan bantuan. Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan kebaikan dan rezeki yang berpanjangan.
Antara barang sumbangan yang di sampaikan adalah berupa beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, sardin dan sebagainya. Semoga dapat membantu meringankan beban komuniti serta memberi peluang kepada mereka untuk mengubah kehidupan, kesihatan, pendapatan dengan lebih baik.
Demi Tuhan, Untuk Semua, Kerana Cinta.