Alhamdulillah telah selesai program GBOS + TDC Food Aid Zon Selatan pada 15 Februari 2025. Ini adalah program ketiga kami telah jalankan tahun ini bagi menyantuni 100 keluarga penerima manfaat dengan memberikan bantuan pek makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.
Tahniah dan terima kasih kepada penganjur program yang cukup luar biasa ini yang diketuai oleh Cikgu Anieza Abd Salam. Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan kebaikan dan rezeki yang berpanjangan.
Antara barang sumbangan yang di sampaikan adalah berupa beras, minyak masak, tepung gandum, bihun, sardin dan sebagainya. Semoga dapat membantu meringankan beban komuniti serta memberi peluang kepada mereka untuk mengubah kehidupan, kesihatan, pendapatan dengan lebih baik.
Demi Tuhan, Untuk Semua, Kerana Cinta.