A Successful Journey✨ Satu program yang penuh dengan ilmu, semangat, dan kejayaan! 💪🏻
Program TMT (TDC Member Training) telah berlangsung pada 16 Februari 2025. TMT telah memberikan peluang kepada semua peserta untuk memahami lebih mendalam mengenai Syarikat, Produk dan Pelan Pemasaran TDC.
Seramai 86 peserta telah berdaftar untuk TMT Batch Pertama. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat, semoga ilmu yang diperolehi dapat membantu untuk terus berkembang dalam perjalanan bisnes TDC.
Pelbagai sesi perkongsian telah diadakan, yang memberikan wawasan dan pengetahuan berguna untuk mengembangkan perniagaan dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang ini.
Penerangan tentang Produk TDC yang disampaikan oleh dua pakar hebat dalam bidang perubatan dan farmasi iaitu Dr Anandarajah (Doctor Medical Consultant for Rhazes Telehealth Platform) dan Encik Munaver (Ketua Pegawai Eksekutif Rhazes Telehealth/Konsultan Farmasi).
Sesi bedah siasat tentang Pelan Pemasaran bersama Top Incomer dan Leader TDC iaitu Encik Azuki Abd Salam.
✨ Tidak ketinggalan, aktiviti team building yang sangat interaktif dan menyeronokkan turut dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara peserta, mencipta semangat berpasukan yang lebih kuat! 🤝
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program-program kami akan datang! 💼
Bukan disini segalanya berakhir, tetapi disinilah segalanya bermula.